[Bernama] Daibochi Akan Labur RM45 Juta Untuk Kilang Baharu di Melaka

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Daibochi Plastic and Packaging Industry

Bhd (Daibochi) berhasrat melabur RM45 juta dalam perbelanjaan modal (CAPEX)

untuk mengembangkan fasiliti pembuatannya dengan membina kilang baharu di Jasin,

Melaka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Daibochi berkata ia telah memeterai

perjanjian jual dan beli untuk membeli tiga plot bersambung tanah perindustrian

kosong milik bebas di Melaka, seluas 5.23 ekar keseluruhannya.

Pengarah urusan syarikat, Thomas Lim berkata kilang baharu itu akan

memberikan kumpulan itu kapasiti yang lebih besar untuk menarik perkongsian

pasaran yang lebih besar dalam sektor pembungkusan fleksibel yang kian membangun

di rantau ini.

CAPEX RM45 juta itu akan dilaburkan sepanjang tiga fasa dengan fasa pertama

melibatkan RM25 juta yang disasarkan siap pada 2013. Ini termasuk pembelian

tanah, pembinaan fasiliti baharu dan pembelian jentera.

Fasa kedua dan ketiga akan mengambil masa tiga tahun bermula 2014 hingga

2016.

Pembinaan kilang baharu itu dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *