[N9 Kini.com] Masteel dapat kontrak projek KV MRT RM50b

Kuala Lumpur, 10 Nov. – Pengeluar keluli bersepadu, Malaysia Steel Works (KL) Bhd (Masteel), mendapat kontrak membekal batang besi Grade 500 untuk projek Transit Aliran Massa Lembah Kelang (KV MRT).

“Kami gembira memenangi kontak bekalan untuk projek bernilai RM50 bilion ini,” kata pengarah urusan yang juga ketua pegawai eksekutif, Datuk Seri Tai Hean Leng dalam satu kenyataan di sini, semalam.

 

“Kami menjangka kekerapan dan nilai anugerah kontrak untuk batang besi akan meningkat dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan momentum pelaksanaan projek terus meningkat,” katanya.

 

Bekal batang besi

Kontrak itu akan melihat Masteel membekalkan batang besi bernilai RM6.7 juta menjelang akhir November 2012 kepada pemilik projek Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp).

Batang besi berkenaan akan digunakan di pelbagai tapak, termasuk Pakej V1-Sungai Buloh, Pakej V2-Kota Damansara dan Pakej V5-Cheras.

Selain KV MRT, Tai melihat lokasi strategik Masteel di Lembah Kelang sebagai meletakkan kumpulan itu pada kedudukan yang baik, untuk mendapat manfaat daripada projek lain pada masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *