[Utusan Malaysia] Daibochi bina kilang baru di Jasin

Oleh Fazrina Ayu Raduian

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Daibochi Plastic and Packaging Industry Bhd. (Daibochi) merancang membina kilang baharu di Jasin, Melaka.

Pengarah Urusannya, Thomas Lim berkata, pembinaan kilang baharu menjelang suku kedua tahun ini

“Dalam usaha mengembangkan perniagaan, kita merancang untuk membina kilang baharu yang mampu mengeluarkan produk dengan kapasiti yang besar sekali gus menguasai pasaran pembungkusan di negara ini, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, syarikat telah memeterai Perjanjian Jual Beli untuk memperoleh tiga plot tanah pegangan bebas perindustrian di Jasin, Melaka, berukuran 5.23 ekar.

Daiboshi kini mempunyai kilang pengeluarannya di Pusat Industri Air Keroh, Melaka.

Syarikat itu merupakan pengeluar produk pembungkusan bagi syarikat multinasional , pelanggan dalam sektor Makanan & Minuman (F & B), sektor farmaseutikal dan industri.

Sementara itu, Lim berkata, syarikat memperuntukan RM45 juta bagi tujuan pembelanjaan modal pada tahun ini.

Katanya, modal kerja tersebut akan dilaksanakan dalam tiga peringkat yang melibatkan dilaburkan kepada tiga fasa yang melibatkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk fasa pertama pada tahun ini.

”Ia merangkumi pembelian tanah, pembinaan kemudahan baru dan pemerolehan jentera.

“Fasa kedua dan ketiga pula melibatkan modal kerja berjumlah RM20 juta yang akan dilaksanakan pada 2014 sehingga 2016,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *